Rabu, 27 Februari 2013

AKU ANAK MALAYSIA!


Semasa bersekolah dulu, setiap pelajar harus mempelajari matapelajaran Geografi…..kalau dulu Ilmu Alam…tiada pilihan, itu adalah subjek wajib. Apabila mempelajari geografi, saya dan teman sekelas akan diluaskan pengetahuan tentang peta dunia. Kami akan diterangkan dengan terperinci tentang dimana letaknya Malaysia dan negara Asean yang lain. Ketika kecil, saya selalu bertanya kenapa Malaysia tidak besar macam Australia, tidak banyak pulau macam Indonesia dan tiada salji macam negara Eropah. Dari situ, Cikgu menerangkan tentang sebelum terbentuk Malaysia, bangaimana keadaan Asean dan dibawah jajahan siapa. Itu sudah masuk bab Sejarah Malaysia.
Apabila saya meningkat dewasa dan pandai menghayati Negara sendiri,  saya berasa sangat beruntung.  Pertamanya saya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia dan keduanya bangga bagaimana pembentukan Malaysia itu sendiri.
Kalau dikaji dan dipikirkan, cara Malaysia berkembang tidak sama dengan negara lain. Banyak perkara yang tiada di negara lain ada di Malaysia. Banyak perkara perkara yang dipandang remeh di negara lain, tapi menjadi perkara yang harus diambil berat di Malaysia. Saya berasa beruntung kerana dengan kepimpinan yang jitu, pembentukan Malaysia menjadi utuh dan dihormati oleh negara lain.
Antara perkara yang dipandang rapi oleh Malaysia adalah;
Kebebasan bersuara oleh Akhbar Malaysia
Dalam memperkatakan kebebasan menulis, akhabar Malaysia sangat berhati hati dalam membangkit isu yang sensitif dalam memperkatakan atau membahaskan sesuatu isu. Kita bukan tidak boleh membalas apa yang akhbar Indonesia lakukan pada Malaysia, tapi apa yang kita dapat. Bukan kedamaian tapi keadaan akan menjadi bertambah tegang. Kerana sikap diam atau “silent mode” , keadaan dapat dipulihkan dengan cepat. Ini juga hasil yang baik daripada pemimpin negara kita. Wartawan negara Malaysia yang amat memahami adalah satu bonus kepada negara Malaysia.
Saya melihat kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara jiran banyak mengundang padah. Ini kerana bukan semua berita yang ditulis adalah benar. Hanya mendengar khabar angin, mereka sudah mencanang dimuka depan akhbar mereka. Ini yang membangkitkan perasaan marah rakyat mereka. Pada pandangan saya, akhbar mereka lebih mementing keuntungan daripada bagaimana untuk menanam semangat cinta dan kerjasa dalam negara.
Tahniah sya ucapkan kepada akhbar Malaysia yang banyak menyumbang kepada pembentukan negara dan rakyatnya. Pembentukan negara demokrasi dan rukun damai.
Rakyat yang Memahami
Alhamdulilah, walaupun negara kita berbilang bangsa, tapi kita dapat hidup dengan aman. Dewasa ini, tiada rusuhan kaum dan agama yang terjadi. Tidak pernah ada stadium kita dibakar atau perkara perkara yang sama berlaku di negara jiran. Kita dapat menerima baik dan buruk negara kita dengan damai…Penyokong dan pembangkang juga masih ada tatasusila dan sopan santun. Walaupun ada juga kepincangan dari pihak kerajaan, tapi kita lebih menjurus kepada hasil yang diberi.
Saya mengakui, banyak perkara yang saya tidak berapa berkenan dengan kerajaan kita, tapi saya tetap bangga mengakui kerajaan kita masih terbaik kalau nak dibandingkan dengan negara lain.  Kerajaan kita akan membuat keputusan yang terbaik sekiranya berlaku sesuatu perkara yang membabitkan sensitiviti kaum dan membabitkan hubungan 2 hala dengan negara lain.
Kemudahan Awan untuk Rakyat
Memang kemudahan kita tidak setanding dengan negara maju seperti Jepun dan negara yang sewaktu dengannya, tapi kita masih yang terbaik dari segi ganjangan kepada kemajuan. Saya dan family pernah sampai ke nagara jiran, dan saya sangat berbangga dengan jalan jalan raya di Malaysia. Kerajaan kita mengambil berat tentang itu.  Dan semua orang tahu yang keadaan kita akan bertambah baik dari masa ke semasa.
Banyak kemudahan yang kita ada yang tiada dinegara lain yang tidak perlu saya tunjukkan disini.
Dengan ini saya akhiri catatan saya dengan slogan:

SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!!!